kelulut

SEJARAH SAYA DENGAN KELULUT

Saya mula mengenali kelulut dengan lebih dekat pada akhir tahun 2013. Ceritanya begini, pada suatu hari ayah saya membawa balik satu batang kayu buruk yang berisi sarang kelulut di dalamnya yang dipanggil sekarang ini dengan log kelulut. Sangkaan saya batang kayu buruk yang tidak sebesar mana semestinya tidak mengandungi madu yang banyak. Tetapi apabila disuruh oleh ayah saya untuk mengambil madu daripada batang buruk berkenaan, saya sangat terkejut, madu yang saya dapat daripada batang buruk tersebut hampir satu kilogram.

Bermula dari peristiwa itu, mulalah saya terfikir untuk menternak kelulut dan mencari kursus kelulut untuk diikuti bagi mendapatkan ilmu. Pada masa itu info-info berkenaan kelulut di dalam blog dan youtube jarang ditemui. Akhirnya, saya terlihat iklan kursus di internet yang ditawarkan oleh En. Yusof seorang usahawan kelulut dari Dungun, Terengganu. Kursus selama satu hari beserta makan dan minum dengan bayaran rm100 bersama mentornya En. Yusof sendiri. En. Yusof adalah salah seorang usahawan kelulut yang terawal di Terengganu. Alhamdulillah, dengan kursus itu banyak perkara asas tentang kelulut saya pelajari. Seperti cara mengambil koloni, memindahkan log ke kotak, menyedut madu dan cara membuat kotak.

Laman perkongsian lebah kelulut dan perkara yang berkaitan dengannya.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *