KELULUT

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KELULUT?

Kelulut atau lebah kelulut adalah tergolong dalam spesis lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu hampir sama dengan lebah madu (lebah bersengat). Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia dan 35 spesis kelulut telah ditemui di Malaysia. Antaranya ialah spesis thoracica, itama, terminata, laeviceps dan apicalis. Walau bagaimanapun hanya 2 spesis yang biasanya diternak secara meluas di Malaysia iaitu itama dan thoracica.

Madu kelulut mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah bersengat. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan yang dilapisi propolis dan rasa madunya sedikit masam berbanding madu lebah bersengat.

Kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika, Asia tenggara dan kawasan tropika Amerika.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *