kelulut

HARGA LOG KELULUT

Gambar di atas saya ambil dari website hmetro.com.my mengisahkan seorang usahawan kelulut yang bernama Rohani Rani dari Pekan, Pahang. Sebelum anda ingin menternak kelulut semesti anda akan berfikir di mana ingin mencari koloni kelulut yang biasa dipanggil ‘log’, dan berapa harganya. Sewaktu permulaan saya menternak kelulut pada akhir tahun 2013, log kelulut tidak terlalu mahal dan masih mudah untuk didapati. 1 log kelulut saya yang pertama saya dapat dari kebun ayah seperti yang saya telah ceritakan dalam post yang terdahulu dengan percuma.

10 log yang seterusnya, saya beli dengan pembekal dari Pasir Puteh, Kelantan. 10 log ni juga saya beli pada akhir tahun 2013 dengan harga RM150 untuk 1 log. Untuk pengeahuan pembaca, log yang saya maksudkan ni adalah log yang belum siap (belum diletak toping atau kotak madu). Panjang kayu untuk satu-satu log lebih kurang 3 hingga 4 kaki yang perlu dikerat dengan chainsaw dan diletak kotak madu terrlebih dahulu. Chainsaw jenis still no 2 yang saya beli waktu tu dengan harga RM600.

Kotak madu pula saya buat sendiri dengan modal RM12-RM15 untuk 1 unit. Waktu tu juga, saya boleh dapati log kelulut(yang belum siap) dengan harga RM50, RM70 dan RM100, bergantung kepada keadaan. Jika ada penduduk kampung yang ingin menjual dan minta saya tebang sendiri saya bayar dengan harga RM50-RM70. Jika batang log yang sudah ditebang dan dikerat saya bayar RM70-RM100. Harga yang saya maksudkan ini adalah untuk batang log itama. Untuk log Thorathica harganya 3@4 kali ganda lebih mahal.

Harga log batang kelulut semakin hari semakin mahal kerana orang ramai telah mula mengetahui cara menternak kelulut sendiri. Kebanyakan di kampung saya boleh kata tiap-tiap rumah ada diternak kelulut. Disebabkan banyak permintaan, dan log kelulut semakin susah untuk didapati, harga log makin mahal. Log-log kelulut dari Thailand mula memasuki malaysia untuk memenuhi permintaan.

Pada waktu sekarang tahun 2021, log kelulut dalam bentuk batang jarang dijual, kerana susah didapati dan harganya tidak berbaloi untuk dibeli. Bagi pendapat saya, baik beli sahaja log yang dah siap. Log itama yang dah siap sekarang, harganya sekitar RM500-RM700. Biasanya yang baru diapasang toping atau kotak dan belum ada katong madu harganya RM500. Bila dah ada katong madu, harganya sekitar RM600-RM700. Berhati-hati dengan penjual yang menawarkan harga log kelulut terlalu murah supaya anda tidak tertipu!

Laman perkongsian lebah kelulut dan perkara yang berkaitan dengannya.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *